Kerana LIDAH TANGAN dan KAKI

Terlabih dahulu Langau Mohon Maaf!!! Andai terlanjur membicara mengenai tajuk ini (tiada kena mengena dengan Orang Hidup mahupun telah Meninggal Dunia atau akan LAHIR)


LIDAH: Bolehkah Lidah bersuara, secara lojiknya TAK BOLEH, kecuali manusia itu membuka MULUTNYA. Tanpa MULUT, lidah hanya berkata-kata dalam HATI. Sejauhmana manusia berbicara melalui Lidah sampai ke HATI? Sedang lebih banyak sampai ke MULUT?  Lalu terciptalah perumpamaan MELAYU kerana pulut santan binasa (Jelas yang membuat manusia binasa itu bukan LIDAH tapi MULUT, fikirkan.  Cukup untuk kali ini dulu.

LIDAH BERBISIK: Ini namanya "ONAR" ianya hanya terdengar dari MULUT ke MULUT lalu disebut sebagai (FITNAH) lalu di #akhirzaman fitnah si dajjal adalah ONAR paling BAHAYA!!! Apa kaitan ONAR dengan BIADAB?

LIDAH umpama PEDANG: Maka inilah disebut oleh Allah dalam Al-Quran Surah Ibrahim ayat 26 lawan ayat 24 pada Surah yang sama (Ibrahim).  Lalu apakah tujuan Langau membandingkan antara ke dua ayat ini dalam bahasa LIDAH? Fikir dan renung, moga pembaca tahu menjaga LIDAH.

Demikian kisah LIDAH akan menjadi SAKSI segala apa yang kalian kerjakan.  Bagaimana pula dengan TANGAN?

Panjang TANGAN: Kenapa Orang Melayu suka berumpamaan? Lantaran Orang Melayu penuh dengan ADAB bila bercakap, agar tetamu tidak tersinggug, oleh kerana itu diciptakan perumpamaan sebagai lambang keSOPANan dan keSUSILAan, namun hari ini TATA SUSILA sudah menjadi ONAR orang POLITIK, seumpamanya TANGAN PANJANG lebih kurang maksudnya PENCURI (samalah dengan Penerima RASUAH), lalu RASUAH (HARAM) diubah jadi SEDEKAH supaya. HALAL

Gatal TANGAN:  Nah!!! Apa kalian fikir dengan manusia seumpama ini?  Kebanyakkan manusia GATAL TANGAN ini 90% mereka yang berkecimpung dalam dunia POLITIK, maksudnya akan seperti hampir sama seperti TIKUS membaiki LABU>>>>Fikir dan Renung.

TANGAN-Tangankan: Hari ini dalam Dunia Politik, ramai Para Pemimpin suka MENCARUT, adakah mereka pernah diTANGAN-Tangankan?  Jika tak pernah, maka mereka menjadi-jadi? Apakah maksud perkataan JADI-JADIAN, renung dan fikir.  Itulah berlaku dalam Dunia Politik bernama MALAYSIA yang bisa pembawa "LAQQA".

Demikian antara lain tentang TANGAN akan menjadi SAKSI segala apa juga kalian kerjakan.  Bagaimana pula dengan KAKI?

KAKI: Sememangnya 100% manusia guna KAKI untuk berjalan, lalu hadirlah perkataan KAKI Jalan, KAKI Botol, KAKI Judi, KAKI Bangku dan macam-macam lagi tentang KAKI.  Apa pun biar kalian sendiri menilaikan untuk apa itu KAKI sesungguhnya.  Adalah paling Utama gunanya KAKI sebenarnya Untuk BERDIRI.

Berdiri atas KAKI sendiri: Lebih kurang disebut secara ringkas/pendek "BERDIKARI".  Bagaimana cara hidup BERDIKARI, adalah tidak sepenuhnya bergantung pada orang lain, malah tanpa bantuan dari orang lain ianya mampu Berdiri Sendiri (Tidak Cacat).  Namun hari ini ramai manusia seperti PATAH KAKI (penuh dengan keCACATan).

Manusia paling CACAT pada Dunia hari ini mereka bergelar Pemimpin Politik.  Tanpa RAKYAT siapa juga mereka, mereka menghambakan diri menagih UNDI RAKYAT, namun lepas itu mereka hanya seperti cuma KAKI BODEK dan KAKI Kipas sehingga mereka TIDUR tak Lena, MAKAN tak kenyang, Siang dan MALAM asyik menghitung waktu seperti kehidupan manusia PATAH KAKI. MAJU MUNDUR KENA, bagai ditelan mati IBU dibuang mati BAPA. Sampai LIDAH mereka umpama PISAU, MULUT mereka bagaikan "TELUR BUSUK".  Bersambong pada tajuk lain melalui gambar bawah>>>>


Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?