SIDANG MEDIA DS NAJIB TUN ABDUL RAZAK....

Apa yang Langau fikir/tulis dan apa yang kalian/pembaca fikir tidak akan ada persamaan, jika ada pun sekadar sedikit. Makanya Langau sengaja UPdated cerita ini mengikut suasana sebenar yang dimaksudkan dengan tajuk ini. Apa itu "KEMELUT TERSEMBUNYI"? Kemelut Tersembunyi adalah sesuatu yang diketahui oleh MEDIA atau WARTAWAN atau sesiapa sahaja yang gemar menghebohkan? Seperti hari ini manusia paling suka menghebohkan apa-apa sahaja (gambar sekadar HIASAN dan KIASAN cuma).

Itulah terjadi pada
BOSSKU, bila terlalu banyak menghebohkan setiapa perkara gara-gara kegilaan BERPOLITIK!!!  Jom "HEBOH" atau VIRAL sebenarnya punca segala masalah kecil jadi BESAR, sehingga kelihatan sepeerti BENAR.  Pantas Langau dan kawan-kawan lain akhir-akhir ini mengurangkan keHEBOHAan mengenai apa-apa cerita dan lebih banyak BERDIAM (cuma sekali-sekala saja BERSUARA.

Kes BOSSKU tidak akan jadi VIRAL andai BOSSKU berdiam diri dan tidak kesana-sini menghebohkan sambil menghentam lawan? Tak cukup dengan itu, guna lagi MEDIA? Sedang MEDIA tidak boleh diharap 100% menyelesaikan, malah menambahkan keRUMITan?Dimana sahaja ada Pilihan Raya disitu ada NAJIB RAZAK berkempen!  Bagaimana cerita bicara kes RAYUAN beliau di MAHKAMAH masih tiada sebarang kepastian sampai hari ini?


Sepatutnya KES NAJIB RAZAK ini telah jelas menunjukkan Undang-undang Malaysia ada DUA DARJAT?
Bagaimana hal yang demikian jika terjadi kepada Rakyat Biasa dah lama merengkuk dalam PENJARA?
Begitu pada hari Najib membuat Sidang Media berkata akan mempercepatkan RAYUAN dalam tempoh 2 bulan?

SIDANG MEDIA INI SEPATUTNYA TAK PERLU DILAKUKAN!  Namun demi mengambil hati Para Wartawan yang begitu bertungkus lumus dengan penuh SABAR..  Perlu juga dilayan, kerana tanpa wartawan siapalah nanti akan menyampaikan segala MAKLUMAT kepada RAKYAT.  Lain ceritanya dengan LIM GUAN ENG bersama PEGUAMnya, seperti ketakutan melihat WARTAWAN berhimpun menunggu cerita daripadanya mengenai Kes Terowong Dasar Laut.

Maka dari kedua kes ini Rakyat boleh menilai Siapa LIM GUAN ENG dan siapakah DS NAJIB TUN ABDUL RAZAK.  LIM GUAN ENG jika dulu sewaktu Menteri Kewangan? Sibuk mengadakan SIDANG MEDIA....kini takut dengan MEDIA?  Jika LIM GUAN ENG tak bersalah mengapa takut berdepan dengan MEDIA.  Seperti DS NAJIB, biar pun telah dijatuhkan hukuman dan didapati BERSALAH masih mahu berdepan dengan MEDIA.  Macam itulah PEMIMPIN yang RAKYAT mahu.....BERANI MENDEPANI UJIAN.  BUKAN SEWAKTU SENANG SAJA SIBUK CARI WARTAWAN melaporkan kesenangan mereka.  Bila ssat susah mengelakkan diri dari WARTAWAN.

Wahai DS Najib Tun Abdul Razak! Namun apa pun CUKUP SEKALI!!! Aku bukan memberi NASIHAT sekadar memberi TEGURAN.  Jangan ulangi lagi.....samaada awak bersalah atau tidak yang PASTI hukuman telah dijatuhkan.  Makanya percepatkan membuat RAYUAN!! itu lebih baik dari terus bercakap dan mengadu kepada UMUM (Rakyat) kerana UMUM (rakyat) bukan HAKIM, mereka hanya berdiri menjadi SAKSI kepada sesiapa yang mereka mahu/hendak!!!

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?