KEMELUT POLITIK TUARAN

Kini kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dipersoalkan oleh Darell Leiking Timbalan Presiden Warisan? (gambar dipetik dari FMT sebentar tadi) Anwar Ibrahim, Amizan Ali dan Hajiji Md. Nor.


Atas sebab mereka telah meninggalkan PPBM dengan terus menjadi Ahli GRS sambil bercadang mahu mmenubuhkan Parti Baharu?  Adakah cara yang mereka lakukan itu tidak bertentangan dengan RUU Anti Lompat Parti? Soal Darell Leiking (gambar)


Dalam menjalankan Kuarantin Mandiri akhirnya disahkan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Md. Nor Positif #covid19!  TERBAHARU!
Lepas PRN Sabah kali ke16 ramai Pemimpin Semananjung menjalani Kuarantin Mandiri termasuk Perdana Menteri, Menteri Agama dan jua Pengarah Kesihatan serta lain-lain.

Begitulah kisah bagiamana PRN Sabah kali ke16 menceritakan segala-galanya.

TERBAHARU!!! Siapa Aliasgar? CALON WARISAN? Siapa Hajiji? CALON PPBM? UMNO OUT!!! Begitulah KEMELUT politik TUARAN sedang bermula...?


Esok akan aku bahaskan KEMELUT POLITIK TUARAN lebih terperinci.  Moga akan menjadi PEDOMAN PENGUNDI!!!

Jangan ambil hati kalau aku mencampuri atau mahu bercakap POLITIK Daerah Tuaran?  Aku juga berasal dari Daerah Tuaran? Sekolah SMK Tamparuli dan lahir di Kg Bunga Tenghilan punya rumah di Kg.Penimbawan, kerana disitulah *Kg. Penimbawan) asal usul awal MOYANGKU.

N12 Sulaman sememangnya sejak UMNO masuk Sabah Kersui N12 disandang oleh YB Datuk Seri Hajiji Md. Nor sebagai calon UMNO.  Namun apabila pada PRU14 YB Hajiji memenangi N12 atas Kerusi UMNO,  tetapi beralih pula kepada PPBM.  

Maka kini bagi PRN16 adakah YB Hajiji akan mempertahankan Kerusi N12 Sulaman atas tiket PPBM sedang kawasan itu milik UMNO?  Mahukah UMNO menyerahkan KERUSI N12 kepada PPBM (YB Hajiji) dalam masa yang sama wujud pula kawasan baharu iaitu Pantai Dalit (Mengkabong) termasuk Laya-Laya Tuaran.

Antara Nama disebut-sebut kedengaran sepupu YB Hajiji iaitu Ali Asgar (Warisan)? Dan bagaimana pula Rahman Dahlan? Adakah Rahman hanya akan bertanding PRU15 Kerusi Parlimen?  Kemelut di Tuaran tidak akan berlaku jika tiada PPBM?  Maka Rakyat Tuaran kena bijak memilih? Samada PPBM atau UMNO bagi mewakili N12 Sulaman dan Pantai Dalit (mengkabong).

Tamparuli atau KIULU pula sememangnya dulu Kerusi UPKO (Madius Tangau)? Apakah PBS atau PCS akan meletakkan calon di Tamparuli dan Kiulu?  Pantas bagaimana dengan WARISAN?

Sebenarnya apa jua Parti bertanding bukan bahan PENGUKUR?  Kerana semua Parti mempunyai Tujuan yang sama membela Rakyat?  Bagaimana pula dengan CALON?  CALON adalah perkara yang perlu diambil kira oleh RAKYAT?  jangan sampai UNDI Rakyat hanya sebagai BATU LONCATAN bagi YB mencari PELUANG mendapat KEDUDUKAN.  Apa yang berlaku pada PRU14 telah menjadi PENGAJARAN kepada seluruh Rakyat Negeri Sabah agar tidak lagi berulang untuk kali kedua memilih PEMIMPIN yang hanya mengejar KEDUDUKAN hingga lupa akan tanggongjawab kepada RAKYAT. Gambar hanya HIASAN!

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?