MARI BERHIJRAH....

BENARkah? Kalian telah BERHIJRAH seumpama seperti gambar KIASAN .......?


Betapa akhir-akhir ini pelbagai UJIAN ALLAH turunkan ke atas manusia di muka bumi ini? Antaranya 4A (Angin @taufan API @kebakaran/cuasa panas AIR @banjir dan tanah runtuh
AKHLAK @salahguna kuasa/kerosakan moral?

BANJIR MELANDA PANTAI BARAT SABAH!
kemalangan jalan raya! ketika hujan lebat?

Tanah Runtuh di Jalan Ranau serta banjir di PUTATAN?

SEGALANYA ADALAH UJIAN! Selain serangan COVID19 secara mendadak tanpa sukar dikawal!

Demikian itu menyedarikan aku untuk......
MULAKAN KEHIDUPAN BAHARU:
Jangan takut memulakan kehidupan baharu, andai berdepan dengan pelbagai KEGAGALAN.  Demikian diri ini mengajak kalian berfikir maju kedepan seolah-olah hidup beribu tahun lagi.....
berusaha lah berbudi pada tanah dengan menabur titis-titis peluh sambil memerah KUDRAT moga badan terasa sihat, lupakan segala perkara-perkara yang membuat kita melarat.
peliharalah kebersihan sungai-sungai kita, moga keceriaan generasi akan datang tidak kehilangan sejarah bumi yang kita pijak ini masih mempunyai KHAZANAH peninggalan NENEK MOYANG.


 Hari ini bertarikh 20/8/20 (Khamis) bersamaan Awal Muharram 1442H.  Muharram bermaksud diharamkan atau dipantangkan.  Rasullah menamakan Bulan Muharram sebagai Bulan Allah (shahrulahi). Allah melarangkan PEPERANGAN atau PERTUMPAHAN DARAH setelah pembukakan KOTA MAKKAH. Tahukah anda? Aku mula menulis bermula 21 Oktober, 2014 bersamaan 26 Zulhijah 1436H (lebih kurang 6 tahun lalu) melalui BLOG TIKO TIKO 2 dan WALAIKU adalah BLOG kedua bagi aku.  WALAIKU hanya tempat aku menulis hal-hal semasa dalam Negara,  tidak seperti TIKO TIKO 2 lebih kepada PELBAGAI MACAM kisah "GLOBAL".
Aku BERHIJRAH menulis WALAIKU sebagai memperluaskan MINDA berbicara pelbagai CERITA dalam NEGARA.  Hari ini aku membicarakan mengenai HIJRAH (beralih atau perpindahan). Apa yang ingin aku ceritakan hanya mengenai DUA PERKARA tentang HIJRAH.
HIJRAH (BERPINDAH TEMPAT):
Melihat sekeliling kita hari ini mereka yang BERHIJRAH kelihatan begitu BERJAYA. Mungkin kamu menyangka PTI itu PELARIAN bagi aku mereka ini sebagai PERANTAU mencari REZEKI ditempat orang.  Maka mereka yang MERANTAU ini ke Negara kita ternyata lebih BERJAYA berbanding dengan kita orang tempatan.  Demikain jua halnya bilamana orang kita MERANTAU ke Negara orang kelihatn lebih BERJAYA.  HIJRAH akan dengan sendirinya mampu mengubah cara diri kita BERFIKIR, BERTINDAK dan BERUSAHA.
HIJRAH (BERTAUBAT atau MUASABAH DIRI):
Manusia itu selagi ENGGAN mengubah dirinya (perangainya) yang bersifat BURUK kepada BAIK sudah pasti begitulah gaya hidupnya selamanya.  Oleh itu manusia kena MUASABAH DIRI (melihat akan kelemahan yang ada mengubah kepada kelebihan (kebaikan) agar mampu bersaing dengan manusia lain).
KESIMPULAN:
Hari ini NEGARA kita KEMELUT dengan POLITIK BERCELARU! Maka hanya RAKYAT sahaja mampu mengubah NEGARA ini menjadi AMAN dan DAMAI
dengan memilih PEMIMPIN BERWIBAWA bukan melihat atau terdorong dengan MEMBELA PARTI.  Sebagaimana kelihatn ramai mengagung-agungkan PARTI dari PEMIMPIN BERWIBAWA.  Akhirnya PEMIMPIN dipilih oleh RAKYAT itu membuat RAKYAT menjadi PENGEMIS di Negara Sendiri. TABIAT ini harus diubah dengan CARA BERHIJRAH.  Lupakan SOAL PARTI? kerana PARTI yang ada hari ini seolah-olah hanya asyik memelihara Para Pemimpin mempunyai PERANGAI tak BAIK.  Maka PEMIMPIN itu tidak ada mempunyai NIAT mahu BERUBAH kerana YAKIN akan dipilih RAKYAT berdasarkan SOKONGAN kepada PARTI.  WASPADA!!!

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?