SIAPAKAH BAKAL KETUA MENTERI SABAH?
Apakah BENAR wujud Jajaran Baharu (Blok Borneo) Warisan 29, PBS 7, UPKO 1 dan BEBAS 3 =40 Kerusi? Makanya Shafie Apdal dilantik menjadi Ketua Menteri? Jajaran Baharu ini menolak Parti dari Semananjung memerintah Negeri Sabah? Mereka lakukan seperti Sarawak GPS? Tunggu & Lihat?
KEMENANGAN TIPIS GRS SEKADAR MEMPEROLEHI 38 KERUSI dikira masih "GOYANG"? Selagi kedudukan KETUA MENTERI tidak dipercepatkan!


SITUASI masih belum selamat sekiranya GRS tidak mempunyai kata sepakat memilih KETUA MENTERI SABAH? Kerana WARISAN nampak lebih KUAT kerana mempunyai KERUSI PERSENDIRIAN paling banyak iaitu 29 Kerusi berbanding PN hanya 17 BN 14?
TERBAHARU!!! Siapakah bakal KETUA MENTERI SABAH?
Jika PCS menang sememangnya ANIFAH AMAN! Jika WARISAN & GROUP mestilah SHAFIE APDAL! Bagaimana pula jika PN/BN menang? Adakah HAJIJI atau BUNG MOKTHAR?
Lalu! Apa cerita mengenai kedudukan Datuk PAIRIN & Adiknya JEFFRI KITINGAN?
SEGALANYA DITANGAN PENGUNDI RAKYAT SABAH!!!
Sebelum diketahui persoalan berikut harus perlu dijawab:
1) Adakah UMNO dan PPBM (BERSATU) berkawan dalam satu BUMBUNG bernama Perikatan Nasional? Jika ya! Persolannya berapa banyak kerusi ditandingi UMNO dari 73 Kerusi ADUN dipertandingkan. Kerana Bilangan KERUSI adalah PENENTU akan CALON Ketua Menteri Sabah?
2) Jika PPBM mengumumkan akan bertanding 43 Kerusi DUN bermakna hanya tinggal 33 kerusi tinggal dengan UMNO (itu pun jika semua menang) begitu jua kiranya dengan PPBM yang meletakkan 43 kerusi menjadi TARUHAN. Dalam hal ini jika semua menang? Maka YB Hajiji Pasti akan menjadi Ketua Menteri dalam PN (Gabungan UMNO/PPBM tolak PAS kerana PAS kurang mendapat sambutan di Sabah).
3) Jika UMNO dan PPBM pula bertarung sesama sendiri (yakni saling berlawan) Maka CALON adalah FAKTOR utama penentukan kemenangan (Apakah CALON itu mendapat sokongan Rakyat). Jika tidak kemenangan akan berpihak kepada WARISAN kerana perpecahan UNDI berlaku antara UMNO dan PPBM. Maka Ketua Menteri akan tentu Datuk Shafie Apdal.
4) Jika UMNO pula menang tanpa pertolongan dari PPBM (Hasil Pertarungan sesama sendiri) Maka yang akan menjadi Ketua Menteri sudah tentu Bung Mokhtar. Kerana Bung Mokhtar berhasrat akan bertanding Kerusi DUN di SUKAU.
5) Bagaimana kedudukan MUSA AMAN? Jika Bung Mokthar menyingkir MUSA AMAN, ada kemungkinan MUSA AMAN akan menggunakan tiket GBS (Gabungan Bersatu Sabah) bersama PBS, PBRS, Parti Bersatu Bugis Sabah, Parti Kebangsaan Sabah dll. Siapa akan menjadi Ketua Menteri adalah diantara Musa Aman, Pairin Kitingan atau Hanifah Aman.
KESIMPULANNYA: HANYA RAKYAT SABAH SAHAJA MENJADI PENENTU AKAN SEGALANYA BERDASARKAN SOKONGAN YANG DITERJEMAHKAN MELALUI "UNDI".

Comments
Post a Comment