PRN SABAH PENUH DENGAN "CALAK" DAN "CALAR"
KEPUTUSAN TELAH PUN DIPEROLEHI SEPERTI BERIKUT:
GABUNGAN RAKYAT SABAH menang dengan MAJORITI MUDAH, tapi mungkin akan menemui jalan BUNTUH apabila memilih KETUA MENTERI SABAH?
Dalam hali ini boleh mengundang ada PARTI dalam GABUNGAN ini akan beralih arah bila timbul tawar menawar! TRADISI sebegini BISA BERLAKU pada
SAAT-SAAT AKHIR! WASPADA!
KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri Sabah kali ke16 dipenuhi dengan pelbagai kisah 1001 malam. Ianya bermula apabila banyak PARTI bertanding hingga melibatkan sampai 11 penjuru dan tidak ada satu pun PERTANDINGAN satu lawan satu. Lihat gambar......melibatkan 447 calon.
CALAK bermula apa bila Calon SEGAMA Mohamaddin Ketapi mengeluarkan pelbagai kenyataan berbau HANYIR. Pertama menghina angkatan Tentera dan Polis hal Op DAULAT di Tanduo Laha Datu.
Lepas itu Mohamaddin Ketapi sekali lagi menCALAK dengan berkata COVID19 di Sabah hanya KONSPIRASI POLITIK. Demikian diulas oleh KJ dalam satu wawancara Mohamaddin Ketapi dengan wartawan.
Sedang mengikut FAKTA sebenar kes COVID19 disabah meningkat mendadak sejurus kemasukan Rakyat Luar ke sabah melalui OP BENTENG!
Selepas CALAK lalu tercipta lagi CALAR dengan tertangkapnya dua orang Pegawai Keselamatan disyaki cuba membeli UNDI sehari sebelum PENGUNDIAN AWAl PADA 22/9/20.
Demikian dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin. Menurut Hamzah Zainuddin Pegawai Keselamatan tersebut sebagai wakil dari PARTI WARISAN, untuk menyogok Pengudni Awal sebagai ganjaran agar menyokong Parti Warisan, selepas Mohamaddin Ketapi menghina PDRM mengenai Op DAULAT.
Lalu disangkal oleh LORATTO PADUA Setiausaha Agong WARISAN. Gambar.....
Dalam pada itu Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendakwa para pemain POLITIK secara sengaja melanggar SOP semasa BERKEMPEN......Gambar dipetik dari pada Kenyataan Media oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)...
Apa pun semalam lebih kurang 76% datang mengundi AWAL ketika 55 Pusat mengundi dibuka seawal jam 8:00 pagi dengan jumlah pengundi 16,877.....76% itu diperolehi sebaik ditutup jam 5:00 petang semalam. Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Comments
Post a Comment