GRS telah sah didaftarkan dengan penyertaan 8 buah Parti?
GRS awalnya sebuah Gabungan Parti Politik Sabah (UMNO/PPBM/STAR/PBS) Namun selepas itu berlaku pepecahan sehingga GRS menjadi sebuah PARTI Politik dimana keahliannya YB YB yang keluar dari BERSATU. Jadi fungsi GRS kini ada dua (Boleh menjadi terus Ahli GRS atau menjadi Ahli Parti Politik dalam Gabungan 8 buah Parti yang ada di GRS). Seperti BN pada mulanya cuba membuka keahlian terus, namun sehingga kini belum berlaku. Nampaknya GRS sebuah Parti Gabungan membuka jalan pertama membolehkan keahlian terus (kepada 4 MP Bersatu) sehingga Kerusi mereka tidak dikosong). Kelihatan seperti ada Udang dibalik batu.
Hal ini akan menyusahkan GRS pada PRU17 Negeri Sabah nanti. Lantaran ada sudah ura-ura beberapa buah Parti dalam GRS akan keluar menubuhkan gabungan lain, atau berjunag secara SOLO. Hari ini GRS mempunyai 8 buah Parti bergabung, namun yang mempunyai Kerusi hanya Parti GRS, PBS dan STAR (semantara PCS, SAPP dan USNO langsung tiada kerusi). Apa akan jadi nanti pada PRU16, dimana kedengaran ada beberapa buah Parti akan keluar dari GRS.
Kan, kan KAMI udah jangka hal ini berlaku? Sikalang sape yang kena? Bila hal ini terjadi. (gambar sila rujuk ceritanya di Astro Awani yang KAMI kongsikan)
Baharu baharu ini Yang Amat Berhormat Datuk Hajiji Md. Nor menghimpunkan ketua-ketua Parti untuk membentuk GRS yang berwajah baharu>>>gambar Namun ada beberapa keSANGSIan Langau timbulkan sebagai meragui akan kumpual GRS berwajah baharu ini tanpa penyertaan UMNO. Dari petikan gambar hanya wajah Ketua Parti (SAPP, LDP, STAR, USNO dan PPBM). Mungkin kerana UMNO/PBRS adalah kumpulan BN semantara UPKO dan WARISAN dalam Kumpulan PH. Mana pula perginya PBS (atau wajah pemimpin PBS tidak kelihatan dalam gambar.
Namun dalam pada itu wajah Datuk Pairin keluar pula semasa Pendaftaran GRS melalui gambar dibawah>>>>
Ini bermaksud PBS juga menyertai kumpulan GRS berwajah baharu (6 buah Parti)? Langau ada sedikit kesangsian disini mengenai Parti USNO? Langau tidak nampak USNO mempunyai Pengaruh dalam Politik Sabah berpandukan PRU16 baharu baharu ini dimana USNO tidak adapun memenangi biar satu kerusi, malah Ketua Parti USNO sendiri telah TEWAS.
Namun kedengaran desas-desus bahawa YAB Datuk Hajiji akan memasuki USNO berkemungkinan mengetuai USNO? Jika hal ini BENAR, berkemungkinan Datuk Hajiji meninggalkan PPBM? Bermaksud GRS adalah satu kumpulan hanya dianggotai Parti Tempatan Sabah 100%? Jika ini BENAR. Terbaik? Namun dalam pada itu sanggupkah Pendikar Amin menyerahkan jawatan Ketua kepada Datuk Hajiji (Keluarga Datu Dahalan yang terlibat mengasaskan USNO suatu masa dulu bersama-sama Said Keruak -USUKAN).
Dalam pada itu mahukah Salleh Keruak dan Rahman Dahalan kembali memperjuangankan USNO dan beberapa TOKOH lain dari Daerah PAPAR? Termasuk Kawasan Pantai Timur Sabah (Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan) juga Utara Sabah (Kudat, Kota Marudu termasuk Kota Belud)? Demikian juga Daerah Ranau, Telupid dan Kundasang.
Bagaimana pula dengan Parti WARISAN yang kelihatan masih GAH dan mempunyai Pengaruh agak kuat di Pantai Timur Sabah termasuk KUDAT dan pendalaman Bawah (Beaufort, Siptang dan Sundumin).
Comments
Post a Comment