PROJEK dibina TAK SIAP dengan SEMPORNA!

 Dalam Al-Quran telah disebut 11 ayat tentang Al-Munafiqun. Ayat pertama ALLAH telah JELASkan bahawa Allah Maha Mengetahui orang-orang munafiq itu PENDUSTA! Gambar hanya HIASAN cuma tiada kena mengena kecuali secara kebetulan


Mereka (Pendusta) berani bersumpah sebagai PERISAI supaya orang pecaya dengan mereka.  Perangai & Akhlak mereka sangat BURUK kerana HATI mereka terkunci seperti orang kafir.  Semua orang akan melihat mereka merasa KAGUM. Cara mereka berkat-kata (berbicara) sungguh menyakinkan, sambil tubuh mereka sihat, tegap dan tampan (kacak). Boleh dikatakan 80% PERIBADI mereka kelihatan CUKUP ELOK (semporna) tiada cacat celahnya.  

Namun bagi Allah ianya hanya seumpama kayu yang tersandar (tidak mempunyai fikiran) lantaran mata hati mereka telah dibutakan. Keampunan bagi mereka disisi Allah tidak dilayan, malah mereka tergolong sebagai KAUM yang FASIK.

Bagaimana pula ulah seorang pemimpin "MUNAFIQ"? Pemimpin munafiq akan suka menunjuk-nunjuk kebaikan mereka sebagai menutupi kejahatan dan kejahilan yang mereka lakukan. CONTOH!!! Mereka menabur janji janji manis berjua-juta Wang untuk membina projek itu dan ini, sedang tidak sebanding dengan kerja yang dilakukan.  Umpama membina Jalanraya beratus juta dibelanjakan, namun yang kelihatan hasilnya cuma puluhan juta.  Yang lain entah kemana perginya.  Lepas itu banyak lagi kerja ditinggal-tingglkan seperti PERPARITAN.....sehingga terjadi BANJIR KILAT (masa inilah AZABnya RAKYAT yang terima)! Faham?

Begitulah seterusnya, setiap PROJEK yang dibuna atau dibangunkan oleh Para Pemimpin Munafiq, AZABNYA kepada RAKYAT!  Kerana mereka hanya tahu dapat HASIL tanpa berfikir panjang apa akan berlaku beberap tahun kemudian (10 atau 20 tahu lepas projek siap) walhal sebenarnya belum siap banyak kerja saja-saja dilupakan kerana ONGKOSnya telah tercicir disana-sini. Pendek kata bila terlalu banyak Para Pemimpin GILA RASUAH? Atau SALAH GUNA KUASA? Semua PROJEK dilakukan sekadar melepas Batuk ditangga.  Akhirnya AZAB akan diterima RAKYAT (terjadi Banjir Kilat, Tanah Runtuh, Pencemaran Udara, sungai dan Alam Sekitar).  Sedang Para Pemimpin "MUNAFIQ" enjoy dan gembira menjalani kehidupan mereka setiap hari.  RAKYAT berterusan menderita.  Itulah terjadi hari ini segala BENCANA Rakyat yang terima.

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?