PROJEK HANYA ATAS KERTAS
Kembara Kenali Borneo YDPA sekeluarga membuka mata semua (seluruh Malaysia) Khasnya Rakyat Sabah, betapa terlalu banyak kekurangan dan kepincangan Projek Kerajaan di Sabah yang dianggap sekadar Cantik atas KERTAS. Perjalanan Kembara Kenali Borneo sejauh 2190 km YDPA memandu sendiri kenderaan Baginda. Hebat dan Mantap.
Kerajaan KELUARGA MALAYSIA sekadar hanya INDAH BUNYI dan LAWA baca atas KERTAS? Perlaksaaan seumpama TIN KOSONG yang bunyinya saja KUAT!
Contoh Projek 5G menelan belanja RM30 billion, hingga kini tiada apa yang Rakyat dapat NIKMATI, selain hanya sekadar SEDAP dengan PAHIT terasa, tengok pun JELAK.
Tak lama lagi SUBSIDI minyak dimansuhkan? Harga Ayam diapung? Tapi Perdana Menteri cakap dicorong RADIO mahu melihat KUASA DAYA PEMBELI Rakyat meningkat? Bukan semua ini seolah-olah bercakap tidak guna "AKAL".
Cakap lagi POLITIK STABIL? Apa tidak STABIL kalau tiada lagi PEMBANGKANG, segalanya terikat dengan MOU, maka makan BESAR lah semua bergelar YB? Rakyat akan tetap terus menderita. Tidakah terfikir oleh KERAJAAN? Semua ini dilakukan semata-mata mahu mendapat UNDI SOKONGAN di Parlimen supaya setiap USUL mendapat KELULUSAN 2/3 Majoriti seperti RUU dan Belanjawan Negara?
Nanti Bulan Julai ini, jika Parlimen bersidang, maka adalah USUL RUU Anti-Lompat mahu dibentangkan memerlukan sokongan 2/3 Ahli Parlimen. Termasuk Pembentangan Belanjawan 2023 (Bajet 2023)? Pasti disokong kerana Pembangkang terikat dengan MOU (bukankah bunyinya seolah-olah MP Pembangkang kena"SOGOK") kerana mendapat KEISTIMEWAAN dalam MOU.
Comments
Post a Comment