Siapa lebih HEBAT? Tun M atau Muhyidin Yassin?

 Janji Langau akan menulis tajuk ini sebagai menyambong cerita "KIV" keep in view. Bukan niat membandingkan Tun M dengan Wak Din, cuma menceritakan bermulaan Krisis melanda Politik Malaysia hari ini.


Selepas Tun Abdullah menjadi Najib Razak jadi Timbalan Perdana Menteri, Tun Mahathir kurang senang.  Akibatnya Najib juga turut diserang dan ditekan oleh Tun Mahathir melalui Muhyiddin Yassin sehingga muncul KRISIS antara Muhyiddin Yassin dan Najib gara-gara kes 1MDB.  Tun Mahathir keluar UMNO dan Muhyiddin Yassin juga turut sama sambil meletak Jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri menubuh Parti Baharu dengan nama Parti Peribumi Bersatu Malaysia PPBM (Bersatu).

Apa yang berlaku seterusnya, apabila PPBM dalam Kumpulan PH memenangi PRU14, Tun M menawar dirinya secara jadi Perdana Menteri ke 7 kerana Anwar Ibrahim masih belum mempunyai kedudukan Kerusi MP. Sebaik Anwar memenangi Kerusi MP Port Dickson, Tun Mahathir ditekan dan dipaksa melepaskan Jawatan Perdana Menteri tapi Tun M bertindak sebaliknya (tak perlu Langau ceritakan kerana semua sudah tahu).

Kisahnya yang Langau ingin ceritakan siapa lebih HEBAT Tun M dan Wak Din? Dalam diam-diam pula Wak Din menjadi Perdana Menteri ke 8 dengan menubuh Perikatan Nasional (PN).  Tun Mahathir sangat marah kepada Wak Din, kerana melanggar syarat (Perjanjian Sulit) dimana sepatutnya Tun M akan kembali menjadi Perdana Menteri ke 8.  Majoriti yang Wak Din ada itu sepatutnya milik Tun M untuk dilantik semula menjadi Perdana Mnteri ke 8, tapi digunkan oleh Wak Din, setrusnya melucut keahlian Tun M dari PPBM.  Amarah Tun M teramat sangat dibuat oleh Wak Din.  Namun sebenarnya dalam menubuh PPBM, Tun M juga ada (Perjanjian Sulit) dengan Wak Din mahu menjadikan Wak Din Perdana Menteri Ke 7, tapi Tun M pula yang mnjadi Perdana Menteri ke 7, sedang jawatan President Parti PPBM ketika itu Wak Din, Tun M sekadar Pengerusi. Disinilah segalanya "KEKUSUTAN" kemelut Politik Negara bermula sehingga hari ini Tun Mahathir amat tidak suka lagi selagi ada Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin dalam mana-mana kumpulan yang disertainya.  Kerana itu Tun M hanya masuk Khemah Besar tanpa Anwar dan Muhyiddin ada disana?  Mungkinkah Tun M kembali kepada UMNO? Apabila tidak lagi merasa SELESA berada di Parti PEJUANG? Ceritanya akan datang>>>>



Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?