APABILA MANUSIA "HILANG AKAL"?

Semakin tinggi Darjat MU semakin berat UJIAN mu hadapai, semakin bertimbun harta-benda mu, semakin terbeban jasadmu tanggong bilamana tersilap URUS ketika hidup mu berdepan dengan kematian.

Ketika mu ditanya didalam kubur, tiada peguam mu hadir membela mu, tika mu dihadapan Allah saksi mu ialah mata, telinga, mulut, lidah, tangan dan kaki mu berkata-kata bagi pihak mu. SEDARLAH!!! Siapa pun kamu Raja, Sultan, Menteri, Agamawan semua setaraf disisi Allah, kecuali 3 hal.

Tentu kamu terfikir, mengapa manusia suka hina menghina, lantaran Allah juga MahaPenghina (Al-Khaafidh). Kamu juga terfikir mengapa manusia suka merendah sesama manusia, jesteru Allah juga Maha Merendahkan. Kembali kepada Sifat Allah lawan Sikap Muhammad? Fikir-fikirkan kalau berlagak sombong? Biarlah bertempat.

Mengapa ada "OTAK" tapi manusia tiada "AKAL" kalau memang AKAL itu letaknya di OTAK? Fikir-fikirkan, jangan sampai terkena>>>>NAJIS?

Kami,  termasuk Langau juga lah itu, tak pernah merasa "BIMBANG" mengatakan apa sahaja yang bersifat "BENAR" cuma kami amat takut bila berdepan dengan manusia Hilang Akal.


Tanda tanda manusia itu kehilangan "AKAL" adalah seperti dinyatakan dibawah: 

ILMU: Berlagak pintar, padahal sebenarnya sedikit pun tidak punya ilmu, jika ada pun setakat pinjam-pinjam tanpa berguru. Apa saja yang orang cakap, dia pun ikut cakap tanpa berfikir, kerana tiada akal.

AKHLAK: Tidak sedikit pun menunjukkan dirinya merasa lemah selain cuma segalanya HEBAT BELAKA (bangga diri). Tabiat sebegini sering ada pada manusia bertaraf ELIT atau KAYANGAN atau PEMIMPIN.

PETUNJUK ALLAH: Manusia kehilangan akal, tidak sedikit pun mendapat PETUNJUK dari ALLAH sebab itu sikap mereka tidak pernah berubah (tidak juga mahu bertaubat) apa lagi Muasabah Diri.  Sikap sebegini 75% ada pada mereka bertaraf ELIT atau KAYANGAN atau PEMIMPIN, kerana mereka sangka hanya mereka saja BENAR lalu SOMBONG dan Bangga Diri.

Makanya, apa yang berlaku dibumi hari ini, segalanya berpunca dari telatah mereka yang Hilang Akal sehingga setiap Azab Bencana terjadi bukan disebabkan oleh ulah mereka (cakap mereka) tapi Alam Semulajadi.  Contoh: setiap berlaku banjir, disalahkan HUJAN dan Perubahan Cuaca? Atau disalahkan TAKDIR? Atau disalahkan TEMPAT itu sendiri,  memang tidak sesuai dan macam macm lagi, sebagai alasan bahawa bukan berpunca dari Ulah Mereka (manusia hilang akal). Renung renungkan Langau.

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?