CANTIK DIKERTAS: Sikap Talam Dua Muka
Ketua Menteri Sabah dan pasukannya WAJIB sedar sempena Kembara Kenali Borneo oleh Keluarga YDPA hari itu (3 hingga 13 September, 2023 @10 hari sejauh 2190 km) dengan menerima Surat dari Keluhan Rakyat>>>(gambar bawah).
Langau amat setuju dengan Lusana Lian dalam perkongsiannya di FB memberi PERINGATAN kepada ANWAR IBRAHIM Perdana Menteri ke10, jangan hanya menjadikan MALAYSIA MADANI itu CANTIK DIKERTAS:
Apakah Barisan Kabinet Kerajaan PERPADUAN hanya CANTIK DIKERTAS sahaja? Kita tunggu dan lihat, bagaimana mereka menjalankan tugas mereka, berikan mereka peluang?
Kebanyakkan Tabiat sikap manusia #akhirzaman seumpama seperti Talam Dua Muka, terutama Para Pemimpin Negara bernama MALAYSIA. (Gambar hanya sebagai HIASAN)
Hal sedemikian berlaku pada setiap ucapan Para Pemimpin Negara ini, hanya cantik di atas kertas tapi perlaksanaannya "LEMAH" atau "GAGAL". Bukan sekali dua hampir 85% tindakan perlaksanaan apa yang diucap langsung tidak selari dengan apa yang dilakukan (TINDAKAN).
Siapa yang jadi mangsa, selain hanya RAKYAT? Sedang Para Pemimpin dan kuncu-kuncunya langsung tidak merasa BERSALAH. Sampai kapan HAL sebegini berterusan berlaku? Segalanya berpunca dari RAKYAT sendiri yang terlalu percaya kepada Para Pemimpin yang ada hari ini terus MENANG dalam setiap Pilihan Raya?
Makanya USAH lagi ulangi kesilapan yang sama pada PRU15 nanti, pilihlah Pemimpin Yang Benar-Benar, BENAR. Jangan terus terjebak dengan Sikap Para Pemimpin yang bermuka-muka (Depan baik, belakang ZALIM (tindakan mereka sekadar berbuat sedikit kebaikan kepada RAKYAT, tapi MANFAATnya lebih banyak kepada mereka).
Comments
Post a Comment