MALAYA hancur bukan MALAYSIA (2)
Mengapa MALAYA pula yang HANCUR bukan MALAYSIA? Begitulah akan terjadi selepas PRU15 selesai dan PMKe10 dipegang oleh ANWAR IBRAHIM atas nama "KERAJAAN Per(SEKUTU)an". Maka "Padang Mahsyar Malaysia" pun diaktifkan oleh Langau seperti juga dengan tajuk ini? AWAS!!! gambar hanya HIASAN>>>>
Bila sebut MALAYA bermakna seluruh BUMI Semananjung dikenali sebagai (WEST MALAYSIA) tidak termasuk Sabah/Sarawak (EAST MALAYSIA) bermaksud BUMI Malaysia ada (2)? Kemelut Politik dan ISU NAJIB/ZAHID hanya cenderung dikalangan Melayu/Islam, tidak sedikit pun menjejaskan kepelbagaian Kaum di Sabah dan Sarawak? Makanya disini Langau simpulkan bahawa MALAYA yang HANCUR bukan MALAYSIA? (gambar hanya KIASAN, dimana NAJIB merasa dirinya (nyawa) terancam akibat mungkin SISTEM PERUNDANGAN dan KEADILAN di Negara bernama MALAYSIA tidak menyebelahinya?)
Langau bukan bercakap tentang PERKAUMAN atau AGAMA? Apa yang JELAS sejak dari mencapai KEMERDEKAAN, Malaysia ditadbirurus oleh PERDANA MENTERI berbangsa MELAYU dan BERAGAMA ISLAM? Persoalannya Bangsa MELAYU sejauh yang ramai tahu adalah sebuah bangsa yang bertamadun penuh KELEMBUTAN dan TOLERANSI lagi BERSOPAN SANTUN. Ditambahi lagi dengan beragama Islam, bangsa Melayu semakin bertambah dikagumi sebagai TAAT dan JUJUR kepada "RAJA" atau PEMERINTAH?
Atas sikap tersebut membuat Bangsa Melayu semakin hari semakin tertindas samada oleh Pemimpin Melayu Sendiri atau Pengaruh Budaya Luaran. Hari ini Bangsa Melayu seakan-akan seperti menjadi PENGEMIS dibumi sendiri, termasuk Para Pemimpin Melayu? Jika tidak kenapa UMNO begitu GERUN dengan DAP? DAP adalah sebuah Parti yang hanya dianggoti oleh Bangsa MINORITI tidak seperti UMNO dianggoti oleh Bangsa MAJORITI?
Namun melihat SENARIO Politik Malaysia, seolah-olah Pemimpin Melayu jadi MANGSA dalam SISTEM PERUNDANGAN Malaysia? Padahal Pemimpin Melayu sendiri GAGAL mengakui "KELEMAHAN" diri mereka sendiri? Atau lebih tepat Para Pemimpin Melayu "HILANG JATI DIRI"? Itu yang JELAS kelihatan sejak sekian lama, dimana Para Pemimpin Melayu/Islam tidak pernah "MUASABAH DIRI" siapakah diri mereka "SEBENARNYA"?, lagi-lagi dipenuhi rasa EGO, BANGGA DIRI dan SOMBONG?
Kesimpulannya sejarah kejatuhan Melayu Malaka sendiri ada FAKTANYA? Siapakah Bangsa Melayu dan Mengapa Melayu tersungkur dibumi sendiri? Sepertimana ditulis oleh Tun Mahathir dalam BUKU Delima Melayu dan ada lagi sebuah BUKU bertajuk NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU (gambar....Maaf tulisan Langau tiada kena mengena dengan apa yang ditulis dalam kedua-dua BUKU)?
Comments
Post a Comment