Mengapa TOK MAT seperti mahu berundur?
Mengimbau kisah 1001 malam sebelum PRU15 dan selepas PRU15? Walaupun UMNO/BN hanya memenangi 30 kerusi, mereka tetap menjadi Kerajaan apabila mahu berkerjasama dengan PH menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Ahirnya Zahid Hamidi menjadi TPM dan Tok Mat jadi Menteri Pertahanan:
Siapa Zahid Hamidi dan Siapa Tok Mat Hassan: Zahidi Hamidi kata UMNO akan kalah jika>>>>(gambar)
Dalam satu Majlis Perjumpaan bersama ketua-ketua Wanita UMNO, Tok Mat (Mat Hassan) dalam ucapannya berkata "Mati hidup ku bila PRU15 UMNO kalah lagi, saya akan berundur menyerahkan jawatan Timbalan President kepada sesiapa sahaja Orang Muda UMNO yang berminat">>> Mengapa TOK MAT berkata demikian?
Ada 4 Sebab UTAMA UMNO/BN boleh TEWAS berdepan PRU15 jika tidak diperbetulkan bermula hari ini (sewaktu beliau berucap) Langau mengambil tarikh itu membuat kisah penulisan tajuk ini. Apakah 4 sebab UTAMA itu? Hampir sama dengan KES SRC dan 1MDB?
1) Keputusan Kes SRC dan 1MDB Najib (Harus dimenangi oleh Najib).....jika kalah? HABIS.
2) Keputusan Kes Pengubahan Wang Haram (pun Harus dimenangi oleh Zahid).....jika kalah? HABIS.
3) Isu terbaharu Kes LCS dimana terkini pendakwaan telah dibuat, namun pelbagai ISU TERBONGKAR sehingga melibatkan nama NAJIB dan Zahid, turut disebut-sebut?
4) Yang ini penyebab UTAMA dimana UMNO telah silap membuat PERCATURAN (POLITIK)? Sepatutnya UMNO harus terus menyokong apa sahaja Usaha Ismail Sabri Yaakub mengambil hati RAKYAT sehingga tamat tempoh. Malangnya MKT UMNO kerap kali menganggu pentadbiran Perdana Menteri gara-gara terpengaruh Nasihat NAJIB dan ZAHID cuba mempercepatkan PRU15 dan memutus untuk tidak lagi melanjutkan MOU dengan Pembangkang (PH)?
Sebab yang KE 4 itu membuat Nama UMNO sekali lagi tercemar sebagai #Kerajaangagal dibawah Pimpinan Ismail Sabri Yaakub (UMNO) bila berdepan pelbagai ISU semasa melanda DUNIA, sambil beberapa TEKANAN dalaman dari MKT UMNO sendiri. Malah tanpa MOU dengan pembangkang, Ismail Sabri Yaakub semakin tertekan sebagai Perdana Menteri? Malah Ismail juga dikritik habis-habisan oleh Orang-Orang UMNO sendiri sebagai Perdana Menteri Paling Lemah?
Kesimpulannya UMNO kini seperti RETAK menunggu belah bilamana menimbulkan pelbagai KEKECOHAN dan TOMAHAN terhadap Sistem Perundangan Negara Malaysia sehingga mencemar REPUTASI Badan KEHAKIMAN Negara, gara-gara terlalu AGGERISIF tanpa berfikir, membuat bermacam-macam kata-kata penghinaan terhadap Mahkamah dan Penghakiman? Sehingga ada yang terlanjur membuat Laporan Polis terhadap Ketua Hakim Negara? Hal ini sepatutnya tidak terjadi>>>>>Langau.
Comments
Post a Comment