Tanda JELAS Perpecahan Dalam ISLAM #akhirzaman

Apabila Kerajaan Perpaduan yang disyorkan oleh Raja Raja Melayu cuba terus digagalkan biar hanya setahun jagung? Tertnyata tiada jalan dan cara lain lagi mampu menyatukan Bangsa Melayu jika terus meminggirkan Kaum lain dalam Malaysia (kerana itulah kerajaan Perpaduan cuba digagalkan lantaran Adanya China (DAP), dimana silapnya?

Betapa pemimpin #akhirzaman itu begitu hampir, adalah kerana tanda-tanda PERPECAHAN dalam ISLAM amat JELAS berlaku.


Mengapa begitu banyak kumpulan diwujudkan semata-mata konon mahu menyatukan Umat Melayu/Islam? Sedang tanpa apa juga pertubuhan berkaitan PERPADUAN atau PENYATUAN memang pun JELAS Islam itu BERSAUDARA. Tidakkah terfikir oleh Tun Mahathir dirinya yang ADA hari ini dikenali oleh DUNIA melalui Parti UMNO. Selepas UMNO diharamkan Tun Mahathir hidupkan semula dengan UMNO (Baru) padsa 2/2/1982.

Tun M jadi begini (Ulah Tun M hari ini), hanya kerana rasa tak PUAS HATI kerana WAWASAN 2020 Tun M "GAGAL" apa bila pengganti Tun M lepas itu Tun Abdullah tidak mendengar nasihat Tun M, lepas itu Tun M jatuhkan Tun Abdullah, naik Najib Razak.  Najib Razak juga tidak mahu dengar nasihat Tun M, pantas Tun M jatuhkan Najib Razak.  Akhirnya Tun M berjaya menjadi Perdana Menteri Ke7.  Tun M NAIK ANGIN kerana didesak Letak Jawatan digantikan dengan ANWAR IBRAHIM (Manusia yang paling dibenci oleh Tun M) Begitulah kisah TUN MAHATHIR hari ini tidak akan senang melihat KERAJAAN Malaysia dipimpin oleh orang lain selain hanya Tun Mahathir sendiri hingga ke akhir hayat.

Hari ini, Ismail Sabri pula sanggup mendengar "Kluster Mahkamah" sambil mengetepikan pandangan orang lain.  Dalam menubuhkan "Keluarga Malaysia", Ismail Sabri lebih mendengar sebelah pihak (UMNO) sahaja.  Sambil itu mengetapi pandangan dari pelbagai gabungan Parti dalam MoU (PH dan PN).  Kini MOU telah tamat.  Ismail masih mempunyai PERJANJIAN tidak berdaftar dengan PN? Pantas setelah membuat temujanji, Ismail batalkan saat-saat akhir? Tanpa ada rasa hormat?

Segala macam berlaku dalam kisah diatas sebagai mengambarkan bahawa PERPECAHAN pada Bangsa Melayu beragama Islam begitu KETARA! UMNO pula begitu BERSUNGGUH-SUNGGUH menyimpan Para Pemimpin yang JELAS suka menyalahgunakan KUASA? Hal sebegini bukan amalan seorang ISLAM, maka tajuk IHLAM ALLAH "Melayu/Islam dalam UMNO hanya Nama"? adalah BENAR! Langau.

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?