ADIL--LAH bagi mu (Sahabatku)
Adil-lah bagi mu (Sahabatku), adalah kisah mengenai seorang sahabat Langau sejak kecil hingga sampai ke hari ini. Langau panggil dia dengan nama JAM (Demi Masa) lantaran sering mengingatkan Langau tentang apa-apa sahaja (kerana Langau sememangnya mudah lupa atau pelupa), maka tercetuslah panggilan JAM (Demi Masa) sedang nama sebenarnya JEFFRI.
Dipendekkan cerita, setelah JAM diserang penyakit luarbiasa itu (hingga DR pun tidak mampu mengesan penyakit yang dialami oleh JAM) JAM hampir diabaikan oleh semua orang. Hanya Langau seorang sahaja tetap bersamanya hingga hari ini.
Satu hari JAM mencurahkan RAHSIA yang lama terpendam (tanpa pengetahuan Langau). JAM meminta pendapat Langau mengenai masalah yang ditanggongnya selama bertahun-tahun (lebih kurang hampir 7 tahun).
JAM terpikat pada sesorang (wanita), namun teramat takut berterus-terang lantaran dirinya mengalami penyakit luarbiasa. Apapun JAM benar-benar mencintai wanita itu. JAM bimbang bagaimana nanti bila gadis itu tahu, mahukah gadis itu menerimanya.
Langau jadi binggung, kerana Langau bukanlah pakar dalam memberi pandangan atau pendapat dalam hal seperti itu (masalah yang dialami oleh JAM). Maka setelah lama berfikir terlintas difikiran Langau menulisnya disini?
Penyakit yang dialami oleh JAM adalah SERIUS dimana SULIT disembuhkan, malah sehingga ke akhir hayatnya (bermakna penyakit seumur hidup) begitulah mengikut cakap DR. Sedang wanita itu pula menuduh JAM hanya mempermaikan dirinya dengan kata CINTA ketika bila wanita itu meminta JAM melamarnya, JAM memberi pelbagai alasan (alasan yang dibuat-buat). Kini JAM jadi serba-salah, lantaran wanita itu mula kurang senang dengan dirinya, malah JAM dianggap lelaki PENIPU!!!
Makanya Langau menulisnya disini, agar bila terbaca oleh wanita itu, dapatlah kiranya wanita itu menerima HAKIKAT semamngnya JAM benar-benar mencintainya, tapi sememangnya benar juga penyakit yang dialaminya tidak memungkinkan dirinya diterima wanita itu (jika mengikut pandangan Langau sendiri, kerana Langau amat tahu penyakit yang dialami oleh JAM memang menyedihkan) jika terjadi pada diri Langau, Langau sendiri pun rasa lebih baik MATI dari HIDUP menanggong sakit seumpama itu? Renungan untuk semua>>>>Terima Kasih.
Comments
Post a Comment