ONAR dan SI DAJJAL

Langau tertarik dengan posting tulisan Sailila Subdullah Sailila seperti gambar di bawah>>>>>>

Sailila menjelaskan bahawa Si Dajjal yang dimaksudkan adalah Para Pemimpin yang suka dan gemar buat "ONAR" lebih kurang maksudnya, segala apa sahaja dilakukan mereka hanya memandang "sebelah mata" yakni dengan SATU MATA?

Melihat KENYATAAN tersebut sebagai mendatangkan MUSIBAH kepada Umat dan BUMI nampak ada benarnya? Lantaran #dhini dipenuhi dengan sikap pemimpin yang tak serik buat "ONAR" atau lebih JELAS maksudnya "(melakukan Kacau-Bilau atau mencipta HURU-HARA).

Ini amat JELAS bagaimana tercetusnya Perang Russia/Ukraine, Isu Covid19, Isu Palsetine/Israel, Isu Pemanasan Global, Isu Vaksinasi, Isu Laut China Selatan, Isu Boikot memboikot, Isu Kebencian antara Agama dan macam-macam ISU yang tak pernah menemui jalan PENYELESAIAN sehingga hari ini?

Persoalannya siapa Ketua Dajjal yakni Pemimpin yang bisa dinamakan sebagai BAPA DAJJAL? Adakah Pemimpin America, atau Pemimpin Israel atau Setiausaha Agong PBB atau Pemimpin Negara yang mempunyai KUASA VETO?

Langau kira, tiada siapa pun mahu mengaku?  Yang JELAS segalanya terjadi apabila FUNGSI "UN" selama ini sekadar "Useless Nothing" kerana ISU ISU yang Langau sebutkan diatas tidak pernah menemukan jalan "PENAMAT" yakni "PENYELESAIAN"? kecuali sekadar semakin mendatangkan MUSIBAH BESAR kepada BUMI dan PENDUDUKNYA?

 

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?