Pemimpin Lupa Sejarah, Pemimpin tak boleh PERCAYA?

 Sesiapa sahaja menjadi PEMIMPIN tapi sengaja tidak mahu mengingati sejarah atau menolak sejarah?  Pemimpin sebegini tidak boleh diPERCAYAI? Melupai sejarah sama seperti melupai asal usul diri sendiri? Maka pemimpin yang lupa diri, bisa jadi SOMBONG dan Mudah BANGGA DIRI, seolah-olah sejak dilahirkan sememangnya dia terus BESAR? Tanpa SISTEM?

Pun begitu, SISTEM juga mampu membuat manusia bisa jadi "BINGGUNG" bila SISTEM itu tidak melalui FAKTA? BERCELARU!!!

Mengapa Negara negara seluruh DUNIA hari ini menjadi KACAU-BILAU? Adalah kerana SISTEM senintiasa berubah-ubah mengikut zaman atau tempoh tempoh tertentu atas sikap siapa PEMIMPIN kepada negara tersebut? Sistem pemerintahan Donald Trump tak sama dengan Sistem Pemerintahan JOE BIDEN, demikian juga halnya dengan negara-negara lain yang sering beralih pemimpin mengikut SISTEM DEMOKRASI (yang JITU). DEMOKRASI itu (JITU) tapi SISTEM yang tak JITU?

Lagi satu, bila sejarah itu dipesongkan atau diubah suai, juga MUSIBAH besar kepada peradaban manusia itu sendiri? Hari ini hampir 85% sejarah DUNIA dipesongkan oleh Penjajah atau Kuasa-kuasa tertentu (contoh, bagaimana Kitab, Taurat, Zabur dan Injil diubah suai dari asalnya) Hanya Al-Quran sahaja tetap ASLI 100% dari ASALnya turunnya WAHYU kepada Nabi Muhammad.

Makanya Sejarah Nabi-Nabi tersebut dalam Al-Quran 100% ASLI, tapi tidak sejarah Nabi Nabi tersebut pada kitab kitab lain yang telah banyak diubah suai?  Hal ini lah mendatangkan MUSIBAH BESAR kepada DUNIA hari ini mencari KEBENARAN? Lantaran KEBENARAN sebenar disembunyikan atau dihapuskan?

Pentingnya sejarah dalam kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan? Memisahkan sejarah dengan kehidupan, membuat manusia itu menjadi "TAKBUR" lalu timbullah pelbagai ONAR yang mengundang HURU-HARA kepada keHIDUPan.

Artikel ini sengaja Langau tuliskan sebagai renungan bersama.

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?