Belajar Sejarah! Sejarah Secara Mendalam? Siapa TODAK?

TODAK: Ayahnya keturuan MADURA, Ibunya suku kaum SUNDA, lahir di Kalimantan Utara membesar di SULAWESI, lalu merantau ke Sabah sekitar tahun 1960an mengikuti Bapa saudaranya yang begitu bersahabat baik dengan Anak Tun Mustapha, sehingga mendapat Kad Pengenalan Sabah pada tahun 1969.  Anak didik seorang pemimpin USNO terkemuka (tidak diizinkan menyembut namanya).

Makanya jangan cuba-cuba menduga ILMU TODAK dalam pelbagai bidang, termasuk Bidang Perniagaan, Saham, Perkapalan, Pertanian dan Seni Bina.  Apa lagi dalam soal Ilmu USULUDDIN dan TASAWUF?  TODAK kenal dengan Mr.Robert dan Langau di KL tahun 1990an ketika TODAK dihantar oleh bapa angkatnya menghadiri Persidangan Pelaburan Kewangan Antarabngsa.  Fasih bertutur Bahasa Madarin, Belanda dan sedikit-sedikit Arab.  Cuma sengaja menyembunyikan kemahirannya.  Malah TODAK juga boleh bercakap Bahasa Tagalog/Suluk/Ubin, selain Bahasa Madura, Bugis dan Jawa.

Langau terpanggil menulis tajuk ini, lantaran terbaca komen sahabat TODAK mengenai Perbandingan sebuah Negeri dengan sebuah Daerah Kecil tanpa FAKTA sebenar melalui sejarah

                                                   Negeri Perlis
                                            Daerah TUARAN

 Sebelum orang Luar bersuara, biarlah kita sesama kita bersuara.  Setiap Sebuah Negara atau Negeri atau Daerah pasti punya sejarah atas sebab mengapa kawasan itu dipanggil Negara, Negeri mahupun Daerah?  Bukan sesuka hati atau berdasarkan bilangan penuduk atau luasnya kawasan tersebut?

Contoh:  Brunei, sebuah Negara yang keluasannya sekadar 5,765 Km persegi cuma mempunyai penduduk sekitar 495 ribu orang.  Sedang Daerah Kota Kinabalu luasnya sekitar 352 Km persgi mempunyai penduduk sekitar 626 ribu orang.  Layak ke Kota Kinabalu dipanggil Negara atau Negeri?  Sudah tentu tidak, kerana dari awal sejarahnya tiada fakta menunjukkan Kota Kinabalu sebuah Negara atau Negeri?

Contoh:  Perlis mempunyai keluasan 821 Km persegi mempunyai penduduk sekitar 232 ribu orang. Sedang daerah Tuaran keluasan 1,166 Km persegi cuma punya penduduk sekitar 106 ribu orang? Lantaran Daerha Tuaran itu Luas, layakkah dipanggil sebuah Negeri? Sudah tentu tidak kerana dari awala sejarahnya, Tuaran itu sememangnya sebuah Pekan Kecil? Kenapa tak bandingkan Daerah Kota Kinabalu (626 ribu orang cuma luasnya sekitar 352 Km persegi) berbandingkan dengan Daerah Tuaran (106 ribu tapi luas 1,166 km persgi) sehingga membanding dengan sebuah Negeri sememangnya termaktub dalam sejarah dari awal-awal lagi atas nama sebuah Negeri?

Amat keterlaluan gara-gara BERPOLITIK kita membuat Perbadingan sesuka hati tanpa Fakta Sejarah kewujudan sesebuah Negara, Negeri dan Daerah? Hal sebegini menunjukkan kita boleh disimpulkan sebagai IKUT Nafsu semata-mata bila mengeluarkan fakta?

Comments

Popular posts from this blog

AL-QURAN WITH TECHNOLOGY PART III

#KE23 PMX

APA DAH JADI?