TERKILAN!!!

Sememangnya Ramadan Tahun ini (1444H) bahang panasnya luar biasa.  Demikian itu cuaca terik melanda Daerah Kota Kinabalu Sabah dan sekitarnya.  Langau pun merasa kurang selesa terkena serangan sahabat Sailila Subdullah Sailila dengan minta dicabar, bahawa hanya ISLAM sahaja Agama BENAR (Allah) yang lain semuanya palsu. Biar betul? Keluarga Langau ini asal usulnya pengamal Agama Roman Catholic (RC), bilamana sahabat Sailila berkata semacam itu rasa terkilan meruntum dalam kalbu? Namun bila melihat dan membaca ayat 14 Surah Taha, Langau mula terfikir>>>>>

Apakah Allah yang disembah oleh Umat Islam sama dengan Allah yang disembah oleh Agama lain yang disebut (Tuhan) atau (God)? Dalam pada itu, melihat Surah Ali Imran ayat 26>>>>>

Langau mula cuba mencari keBENARan tentang ISLAM sehingga mengapa Agama itu sangat dibenci oleh ramai penduduk BUMI dari pelbagai Negara?  Maka terlihat Islam itu sangat SUCI bila terlalu tegas meletakkan hukum, walaupun Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengadili.  Pantas keSUCIan Islam itu amat menakutkan bagi mereka yang mahu hidup bebas (suka berpoyah-poyah) ikut sukahati mereka (Freedom of life).

Dari situ ada dikalangan Umat Islam sendiri rasa kurang senang hidup terkongkong dalam beragama (Ikut Perintah Allah), terutama mereka yang mempunyai Ilmu Akdemik yang Tinggi. Dari situ bibit-bibit pengaruh Ilmu Akdemik (Sains dan teknologi) telah mula memesong AKIDAH ramai Umat Islam hingga ke hari ini.  Termasuk juga apabila mula berjinak-jinak dengan Dunia Politik?  

Langau melihat hal ini seolah-olah kebencian terhadap ISLAM itu dimulai oleh dari diri Umat Islam itu sendiri, lalu orang luar (Islam) mengambil kesempatan mempengaruhi Manusia lain membenci Islam, berpandukan Ramai dikalangan anak muda Islam Keruntuhan Akhlak dan mudah terpesong?  Sebagai Contoh>>>>Penagih dadah atau pengedar dadah: Mengikut data,  Orang Melayu/Islam merupakan paling ramai terjerumus!!! Moga tulisan Langau ini memberi sedikit harapan membuka minda Penduduk Bumi berfikir lebih matang dan keterbukaan?  Jangan membenci sesuatu bangsa atau agama sesukahati tanpa mengikut peraturan, cuma terikut-ikutkan  perasaan?

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?