EXTRA TIME: Selepas mengeluarkan KAD KUNING?
Selepas mengeluarkan Kad Kuning menyusul pula peluang kedua dengan diberi MASA TAMBAHAN, begitulah Ulah pertarungan GERGASI antara Guru dan Murid dalam GELANGANG POLITIK "Padang Mahsyar Malaysia"?
HEBAT!!! Memang luar biasa, tiada siapa pun mahu mengaku kalah? Jangankan GURU mengaku kalah, sedang MURID pun seperti buat tak tahu saja. Membaut Sang GURU merasa GERAM? Pun si GURU itu tetap berSABAR sehingga diberi sedikit masa untuk berfikir? Malang Sang Murid yang jelas memang DEGIL HABIS, tetap buat tak kisah. Apa pun sama-samalah kita tunggu siapa yang perlu makan UBAT? Dan siapa pula yang perlu TAUBAT?
Begitulah kisah Kemelut Politik Negara bernama Malaysia yang kelihatan tiada tanda-tanda akan berakhir (sampai dunia KIAMAT)? Kerana disudut lain ada lagi pula seorang MURID dari SELATAN seakan-akan membantu GURU itu membuat ONAR si DAJJAL hanya kerana ISU KWSP, sampai hanya tinggal seorang sahaja duduk dekat Dewan, yang lain semua (73) keluar. WOW!!!
Maka tersiratlah Pertarungan Legenda seorang GURU bersama seorang MURID menentang seorang lagi MURID (keseorangan)? Malah AGONG pun tidak senang duduk di ISTANA lantaran ada pula lagi seorang hamba Allah sanggup berjalan 300km dari SELATAN ke ISTANA semata-mata GAWAT (tidak punya wang lagi) mahu KWSP di keluarkan secara bersasar? Namun Bendahara Di Raja punya Menteri Ekonomi terus berkeras mengatakan "TAK PAYAH", NOKTAH lah jadinya pengeluran KWSP bersasar.
Comments
Post a Comment