Hanya kerana perkataan "MALAS"
Betapa dahsyatnya bunyi perkataan "MALAS" itu sehingga menjadi Isu Hangat di Malaysia hari ini. Adakah setiap KOTA di Bumi Malaysia ini akan berlumpur gara-gara hanya seekor kerbau>>>>
Kalau tak silap perkataan MALAS ini telah lama terucap dari mulut seorang bergelar Perdana Menteri selama 22 tahun 22 bulan, namun Rakyat Malaysia senyap membabi buta. Tiba-tiba pula hari ini perkataan MALAS itu menjadi ISU BESAR.
Langau cadangkan, hapus sahaja perkataan MALAS itu dari kamus DEWAN kalau bunyinya terlalu sensitif kepada warga KOTA>>>>> jangan nanti seluruh KOTA di Bumi Malaysia ini berlumpur>>>>
Apalah salahnya MALAS jika kena pada tempatnya atau hanya sekadar cuma GURAUAN. Demikianlah berlaku bilamana melihat kepada Tiktok sekerat jalan sahaja. Namun apabila melihat secara keseluruhannya JELAS ucapan itu sekadar satu gurauan melariskan jualan. Apabila dipotong-potong maka memang menyakitkan. Sebab itulah kalau mahu melihat buku hanya pada kulitnya, maka tidak akan dapat menyelami kisah sebenarnya>>>>>
Sehingga TMJ, buat-buat tak peduli hal tersebut, bilamana ada sesetengah orang cuba manipulasi cerita, supaya mendapat perhatian ISTANA JOHOR. Itulah Dunia "POLITIK". Langau.
Comments
Post a Comment