TRAIB atau TRIBE lebih kurang KABILAH?

 Pada tajuk hari ini Langau tertarik memberi sedikit pandangan mahupun teguran situasi melanda Penduduk Bumi bernama MANUSIA akhir-akhir ini, saat mendepani dua Peperangan iaitu antara RUSSIA/UKRAINE dan HAMAS/ISRAEL dengan kata TRAIB berasal dari Bahasa Inggeris "TRIBE".

TRAIB atau mengikut Bahasa Arab berbunyi KABILAH bisa juga disebut sebagai PUAK atau SUKU bangsa.  Adakah manusia hari ini berjuang demi kerana TRAIB lalu digandakan menjadi "TRIBALISM", sehingga Benjamin Natanyahu sanggup menafikan kewujudan Rakyat dan Bumi Palestine.

Atau serupa bagaimana penyebab kisah PUTIN menyerang UKRAINE kerana mahu membina semula Gagasan "RUSSIAN" lantaran takut UKRAINE akan memasuki BLOK NATO.

Demikian juga sikap America menyerang YAMAN dengan alasan Perdagangan Antarabangsa di Laut Merah terganggu, walhal niat sebenarnya mahu cuba menguasai dunia sambil bertalam dua muka mendukung Yahudi/Israel sebagai menghadapi Undian Penggal kedua?

Terlalu banyak kisah disebalik semua ISU melanda Timur Tengah dan juga Bumi Russia atas sikap TRAIB menegakkan "TRIBALISM" dengan kepelbagaian PROPAGANDA lontar BATU sembunyi TANGAN.

Sejarah America mengadu domba Orang INDIAN dan Tanah mereka, seakan berulang pada dunia hari ini, cuma dengan cara yang jauh berlainan, tapi seakan-akan setujuan,  yakni mempunyai NIAT yang serupa, sehingga badan DUNIA dikenali sebagai UN itu seolah-olah tidak berdaya atas segala tingkah laku America/Israel cuba mengulangi NATIVE HISTORY of American, yakni menguasai DUNIA sebagai "WORLD POLICY" under American National Interests @ #96pnwo. Langau.

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?