Sejuta Langkah Bahagian II

Pernahkah kamu mengira berapa langkah kamu kena lakukan dari Bilik Tidur ke Dapur atau kemana-mana sahaja di ruangan rumah kamu yang kamu senintiasa melakukan pergerakan setiap hari. Termasuk dari Bilik Tidur ke Tempat letak Kereta.

                                     (gambar sekadar hiasan cuma)

setiap langkah mempunyai TUJUAN atau MATLAMAT.  jesteru itu matlamat penulis cuma satu menyampaikan IHLAM ALLAH selangkah demi selangkah, walaupun kelihatan lambat atau cepat bukan pilihan penulis, segalanya ketentuan Allah juga.

BAHAGIAN II:

Pada bahagian dua ini, penulis memperkatakan sejelas-jelasnya mengikut izin Allah seperti berikut:

a)  Sifat Pemimpin #akhirzaman

b)  Punca segala permasalahan 

c)  Retak menunmggu belah

d)  Akal dan Komputer

Bagaimana ke4 empat hal tersebut mampu membuat Bumi dan Penduduknya hari ini bisa jadi GILA "STRESS" andai GAGAL mengerti mengikut kaedah sebenar atas prinsip-prinsip berikut:

i  ) Apa itu ILMU

ii ) Apa itu AKAL

iii) Apa itu NAFSU

iv ) Apa itu NIAT

v  ) Apa itu AKHLAK atau Perbuatan.

Mari kita mulai a dan i/ii/iii/iv/v yakni Sifat Pemimpin #akhirzaman serta ILMUnya AKALnya, NAFSUnya, NIATnya dan AKHLAKnya.  Apakah kamu kira status Pemimpin yang kamu pilih sekarang ini mengwakili kamu sebagai paling TEPAT atau sekadar terikut-ikut kehendak orang lain atau kehendak Kumpulan atau keterpaksaan.

Hal inilah sebenarnya membuat kamu bisa jadi GILA "STRESS" lantaran sudah merasa terperdaya kerana kamu dianggap sebagai MANUSIA GAGAL mengenali diri kamu sendiri, apa lagi Maha Pencipta (yang menciptakan diri kamu).

Apa tidaknya, bagaimana hari ini manusia jadi "BANGANG" gara-gara terikut-ikutan ulah para pemimpin yang kamu tidak tahu pasti akan perkara i hingga v tentang pemimpin tersebut.  Akhirnya kamu seperti hanya dipergunakan demi kepentingan Pemimpin yang kamu pilih itu.  Walhal apa yang kamu dapat cuma sedikit keuntungan, sedangkan pemimpin tersebut memperolehi segala-galanya apa yang mereka mahu, gara-gara kamu.  Pantas kamu terpalit sebagai manusia yang "BERSUBAHAT".  Andai hal itu baik maka baiklah hasilnya bagi kamu, bagaimana jika hal itu MUNGKAR, kamu tergolonglah kamu sebagai BERSUBAHAT melakukan keMUNGKARan.

i    Apa itu ILMU?: ILMU mempunyai beberapa cabang, namun rantingnya hanya ada 2, iaitu ILMU DUNIA dan ILMU AKHIRAT (Ketuhanan).  Bagaimana mengenali ILMU DUNIA? Melalui beberapa sumber yang terbentang luas ada dimana-mana, sedang mengenali ILMU AKHIRAT, hanya ada melalui KITAB yang 4.  Dari KITAB 4 ini terpecah kepada beberapa GOLONGAN tidak kira dari sumber Kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Bagaimana mengetahui kebenaranNya?

ii   Apa itu AKAL?  AKAL menenteukan segala Kebenaran sesebuah KITAB, namun kekadang timbul kekeliruan bilamana AKAL dikuasai oleh NAFSU dan NIAT.  Lalu dinilai melalui AKHLAK.

iii Apa itu NAFSU? Nafsu tersimpan dalam NIAT, sedang AKAL tersembunyi pada NUR ALLAH disebut QALBI.  Pada QALBI memantul kepada OTAK berfikir dengan bantuan IHLAM ALLAH memghantar mesej yakni AKAL lalu tertanam NIAT.

iv  Apa itu NIAT?  NIAT tercipta atas kehendak Allah yang ditapis melalui IMAN dan AMALAN (Perbuatan/AKHLAK).

v  Apa itu AKHLAK? Suatu perbuatan seseorang buruk atau baiknya.  AKHLAK yang BAIK memperlihatkan IMAN seseorang, sedang AKHLAK yang BURUK mengambarkan akan NAFSU/NAFSI seseorang.

Lalu timbullah b yakni Punca Segala Permasalahan.  Akan penulis bincangkan pada tajuk lain.

Comments

Popular posts from this blog

IMAN (KETENANGAN DAN KEBERSIHAN)

#KE23 PMX

APA DAH JADI?