YA LAMUT
Bilamana tersebut kata huruf DOT seperti pada gambar bawah
memberi MAKNA sebagai kata nama kepada "ROH" atau bisa disebut sebagai SOUL dengan difinasi pelbagai menyentuh hal tentang penciptaan. Pantasnya setiap apa jua yang tercipta akan pasti musnah, namun tidak pada Ya Lamut.
Ya Lamut: Tidak Mati, Laa Mauta, kerana itu Kami rangkumkan sebagai Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Lamut (bisa ditambahi dengan huruf U dihujung dengan bunyi Ya Lamutu, namun sudah mempunyai maksud lain (dari nama jadi perbuatan) Ya Lamut (Nama) Ya Lamutu (Perbuatan).
Usah mudah tersinggong andai masih tidak tahu pasti apa-apa sahaja yang berada dihadapan kita dengan menilai sesuka hati tanpa fakta yang JELAS. KAMI bukan pakar Ilmu Agama, cuma KAMI mendapat IHLAM dari Allah yang kalian sedikit pun tidak mengetahui mengenaiNya.
Kenapa Allah ciptakan AKAL dan hanya diberi kepada manusia sahaja, tidak pada makhluk lain ciptaan Allah. AKAL sepertinya app dimana tersimpan segala maklumat yang dikehendaki oleh manusia. Cuma kena bijak menggunakanNya. Tiada guna punya AKAL kalau tidak mampu menggunakan dengan BIJAK, lantaran ramai manusia hari ini seperti ikut-ikutan sahaja dengan segala pendapat orang (tak ubah seperti kerbau dicucuk hidung) apa lagi andai orang itu bergelar YB (Pemimpin Politik).
Sepertimana Angka demikian juga Huruf, mempunyai maksudnya tersendiri dan tersirat. Umpama huruf X , patutkah X menjadi salah atau Tanda (marking) atau Sasaran (Target), demikian juga Kalimah Alip Lam Mim? Sudah tentu mempunyai maksud TERSIRAT, cuma mesti diolah oleh AKAL yang bijak. Makanya usah semudah itu menyangka sesuatu yang Negatif apa-apa sahaja yang berlaku depan mata diluar nalar naluri manusia mahu pun binatang. Kerana AKAL itu adakalanya tidak berfungsi bila pemiliknya terlalu banyak melakukan DOSA. Jika pada Komputer, tersilap menyimpan rekod atau data, mungkin juga terlupa password. Atau kesilapan teknik. WASPADA!!!
Comments
Post a Comment